KUALA LUMPUR: Vince Group melantik bekas Ketua Polis Negara ke-11, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, sebagai penaung kumpulan itu dalam usaha memperkukuh kepimpinan, tadbir urus korporat serta hala tuju jangka panjang syarikat berkenaan.

Pelantikan itu menandakan satu pencapaian penting dalam perkembangan berterusan Vince Group yang ditubuhkan pada 2013 dan kini berkembang sebagai ekosistem hartanah bersepadu berteraskan Malaysia.

Vince Group menghimpunkan pelbagai perkhidmatan berkaitan hartanah di bawah satu platform, merangkumi pemerolehan hartanah strategik, jualan, pembiayaan, pengubahsuaian, pengurusan hartanah dan pendidikan.

Pengalaman puluhan tahun Mohamad Fuzi dalam perkhidmatan awam, kepimpinan institusi dan strategi dilihat sebagai antara elemen penting dalam memperkukuh organisasi itu ke arah pengurusan lebih profesional.