BANGKOK: Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina bekerjasama dengan Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (INTERPOL) dalam operasi serantau bagi membanteras penyeludupan bahan kimia rentas sempadan serta mencegah penyalahgunaan bahan kimia untuk menghasilkan dadah dan bahan letupan.

Timbalan Jurucakap Polis Diraja Thailand (RTP) Kolonel Polis, Songake Patcharawit, berkata Operasi Penguatkuasaan Antipenyeludupan Bahan Kimia (CHASE) merangkumi empat fasa, bermula dengan latihan pengurusan tempat kejadian di Bangkok pada Disember 2025, diikuti latihan teknik penyiasatan antipenyeludupan bahan kimia di Malaysia pada Mei 2026 dan mesyuarat penyelarasan operasi di Bangkok pada Julai.

"Aktiviti penguatkuasaan yang diselaraskan kemudiannya dilaksanakan di keempat-empat negara yang mengambil bahagian.