KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafizi Ramli selesai dirakam keterangan oleh polis di Bukit Aman hari ini selepas hampir dua jam berada di ibu pejabat polis berkenaan.

Pengasas Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu hadir bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan pembayaran RM9.5 juta yang dikaitkan dengan isu ‘mafia korporat’.

Beliau berkata, sepanjang sesi berkenaan, beliau turut ditanya mengenai satu laporan polis yang dibuat pada Mac lalu membabitkan dakwaan berkaitan pemilikan saham bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menurut bekas Ahli Parlimen Pandan itu, kedua-dua perkara yang disiasat berkenaan tidak berkaitan antara satu sama lain kerana melibatkan dakwaan serta peruntukan undang-undang yang berbeza.