Kuala Lumpur: Pengasas Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli selesai memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini selepas kira-kira dua jam.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu disoal pihak polis berhubung dakwaan rasuah RM9.5 juta yang dikaitkan dengan isu mafia korporat.

Katanya, beliau turut disoal mengenai laporan polis terdahulu yang dibuat pada Mac berkaitan dakwaan membabitkan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Bercakap kepada pemberita selepas keterangannya dirakam, Rafizi berkata, kedua-dua siasatan tersebut membabitkan dakwaan dan peruntukan undang-undang yang berbeza.