PETALING JAYA: Kerajaan akan melaksanakan kurikulum baharu bagi pelajar Tingkatan Satu dan Tahun Satu, tahun depan dengan memberi penekanan kepada penggunaan platform digital secara selamat.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata kurikulum baharu itu turut memberi pendedahan kepada murid mengenai kemahiran digital, termasuk penggunaan aplikasi dan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara beretika serta bertanggungjawab.
"Kita mahu anak-anak bukan sekadar bergantung kepada AI untuk mendapatkan jawapan, sebaliknya belajar mengemukakan soalan yang lebih baik.
"Jadi, kurikulum baharu Tingkatan Satu yang akan dilaksanakan tahun depan memberi penekanan khusus kepada bagaimana murid menggunakan pelbagai aplikasi dan platform digital dengan selamat, selain memperkukuh kemahiran mereka dalam bidang berkenaan," katanya.








