MELAKA: Pengalaman berdepan aduan penduduk dan mengurus isu setempat menjadi antara kelebihan dua calon MCA yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir dan Kota Laksamana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Pengerusi MCA Melaka, Datuk Lim Ban Hong berkata, Jasmine Loke dan Melvin Chua masing-masing mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua penggal sebagai ahli majlis di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Menurutnya, pengalaman itu memberi pendedahan kepada kedua-dua calon mengenai pelbagai isu dan keperluan penduduk berikutan tugas ahli majlis yang dekat dengan masyarakat serta berdepan aduan harian.
Katanya, aduan berkenaan antaranya membabitkan masalah longkang tersumbat, semak samun, rumput panjang, jalan rosak, sampah dan lampu jalan, selain isu berkaitan lesen perniagaan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F10%2F94c4627948c6b7f4a35a4a32d86fbf53.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

