KUALA LUMPUR: Pengasas Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Datuk Seri Rafizi Ramli tiba di Bukit Aman sebentar tadi untuk memberi keterangan berhubung ucapannya pada ceramah di Selayang yang menyentuh isu 'mafia korporat' pada 20 Oktober lalu.
Bekas Menteri Ekonomi itu yang tiba kira-kira 11 pagi sempat bercakap kepada wartawan di luar ibu pejabat polis persekutuan itu, sebelum memasuki kawasan berkenaan.
Beliau mengesahkan bahawa polis memanggilnya untuk memberikan keterangan berhubung kenyataan yang dibuat menerusi ucapan berkenaan.
"Saya dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung ucapan yang disampaikan di Selayang pada 20 Oktober," kata bekas Timbalan Presiden PKR itu.









