Kuala Lumpur: Pengasas Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli tiba di Bukit Aman hari ini bagi rakaman keterangan berhubung dakwaan Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan menerima rasuah RM9.5 juta berkaitan isu mafia korporat.

Rafizi tiba kira-kira jam 11 pagi tadi dan bercakap secara ringkas dengan pemberita sebelum memasuki pekarangan Bukit Aman.

Beliau mengesahkan bahawa polis memanggilnya untuk memberi keterangan mengenai kenyataan yang dibuat semasa ceramah di Selayang pada 20 Oktober lalu.

"Kami telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung ucapan yang disampaikan di Selayang pada 20 Okt," katanya.