Istanbul: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membayangkan bahawa Washington tidak akan tergesa-gesa melancarkan semula serangan ketenteraan terhadap Iran selepas pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa, ketika usaha diplomatik dengan Tehran menunjukkan perkembangan positif, lapor Anadolu Ajansi.

"Tidak," jawab Trump ketika ditanya pemberita selepas satu acara kempen di Washington sama ada beliau sedang mempertimbangkan untuk menyerang Iran sekali lagi selepas pilihan raya itu.

Ketika berucap pada acara berkenaan, Trump menegaskan bahawa Tehran tidak akan sesekali dibenarkan memiliki senjata nuklear, sambil mendakwa pegawai Iran sendiri sudah memahami pendirian itu.

Beliau menggesa para pengundi mengambil kira usaha pentadbirannya menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear ketika keluar mengundi.