Gua Musang: Polis Gua Musang hari ini melupuskan 208 mesin perlombongan Bitcoin dan 210 kotak berisi rokok seludup, hasil rampasan antara 2021 sehingga 2023.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pelupusan barang kes itu dibuat selepas semua prosiding di mahkamah, selesai.
"Semua bahan kes Bitcoin dan rokok seludup ini sudah selesai semua prosiding di peringkat mahkamah, jadi hari ini kita dah dapat arahan untuk buat pelupusan.
"Bagi mesin Bitcoin, pelupusan akan diserahkan kepada pihak pengurusan 'e-waste' (sisa barangan elektrik dan elektronik) untuk dilupuskan secara 'e-waste,' manakala rokok yang dirampas akan dilupuskan dengan cara digelek sebelum ditanam di pusat pelupusan sampah Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) pada hari ini.










