GEORGETOWN: Sebanyak 872 tangkapan direkodkan hasil operasi penguatkuasaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi tempoh sehingga 31 Oktober lalu.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, pencapaian itu direkodkan hasil 173,633 pemeriksaan dan 38,712 penggeledahan yang dilaksanakan sepanjang tempoh berkenaan.
Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan hasil operasi penguatkuasaan itu pula melebihi RM2.65 bilion.
“Sepanjang tahun 2026, Maritim Malaysia terus memperkukuh penguatkuasaan undang-undang di perairan negara, membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan serta meningkatkan kesiapsiagaan operasi mencari dan menyelamat.








