JASIN: Tindakan menuduh calon Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan jentera kerajaan ketika berkempen adalah salah satu contoh tindakan terdesak kumpulan tertentu untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN juga boleh mempersoalkan kehadiran menteri dan timbalan menteri daripada kumpulan itu dalam majlis-majlis yang diadakan dalam tempoh 14 hari berkempen.
Beliau berkata, semua parti sepatutnya berkempen secara bersih dengan tidak mencipta sesuatu isu untuk menyerang lawan.
“Kalau sesuatu kumpulan itu berasa terdesak mereka akan mencari pelbagai alasan, mencari pelbagai perkara kerana mungkin mereka sangat terdesak. Saya tidak fikir itu perlu kita gembar-gemburkan.








