Kuala Lumpur: Kemusnahan berterusan kawasan hutan di Shah Alam, Selangor, disifatkan bukan lagi sekadar isu alam sekitar sebaliknya sudah bertukar menjadi krisis keselamatan awam yang serius.
Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) N Rajesh berkata, situasi itu dapat dilihat menerusi bencana yang melanda bandar raya berkenaan.
Menurutnya, ia termasuk kejadian banjir kilat semalam sehingga menjejaskan keselamatan penduduk dan melumpuhkan rangkaian pengangkutan utama.
Katanya, impak banjir turut mencetuskan insiden tanah runtuh kawasan parkir di Subang Permata selain penutupan kedua-dua arah Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) antara Setia Alam dan Shah Alam akibat limpahan air sungai.










