Putrajaya: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menandatangani proklamasi berkaitan kedudukan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di bawah pengaruh tidak wajar.

Arahan itu dibuat selepas AGC meneliti kertas siasatan yang dikemukakan PDRM pada 30 Oktober lalu dan mendapati beberapa tindakan lanjut perlu dilaksanakan oleh pegawai penyiasat sebelum keputusan dapat dibuat.

"Siasatan berkenaan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil penelitian menyeluruh mendapati beberapa tindakan lanjut perlu dilaksanakan oleh pegawai penyiasat sebelum sebarang keputusan dapat dibuat.