PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan berhubung kes Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, didakwa menandatangani proklamasi berkaitan kedudukan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bawah pengaruh tidak wajar.

Ia selepas AGC meneliti kertas siasatan dikemukakan PDRM pada 30 Oktober lalu, dan mendapati beberapa tindakan lanjut perlu dilakukan oleh pegawai penyiasat sebelum keputusan dapat dibuat.

"Siasatan berkenaan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dan hasil penelitian menyeluruh mendapati beberapa tindakan lanjut perlu dilaksanakan oleh pegawai penyiasat sebelum sebarang keputusan dapat dibuat.

"Oleh itu, kertas siasatan akan dikembalikan semula kepada PDRM, hari ini, untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.