PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu bas memintas sebuah Suzuki Jimny di lorong kanan sebelum melanggar kereta itu di Lebuh Raya Persekutuan menghala Klang, pagi ini mengundang perhatian orang ramai.
Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi itu dirakam menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) milik pengguna lebuh raya berkenaan.
Berdasarkan rakaman dikongsikan oleh @Gjieeee itu, bas berkenaan dilihat memintas laju Suzuki Jimny terbabit di lorong kanan sebelum melanggar kereta tersebut.
Pemilik video turut meluahkan kebimbangan terhadap tindakan pemandu bas berkenaan yang didakwa boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.








