PETALING JAYA – Tiga individu didenda RM6,900 selepas mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 42A(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di Mahkamah Majistret Jalan Duta, di sini semalam.

Ketiga-tiga tertuduh masing-masing dikenakan denda RM2,300 atau penjara tujuh hari sekiranya gagal membayar denda.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL), Hamidi Adam berkata, sabitan itu susulan tindakan penguatkuasaan menerusi Ops Khas Motosikal yang dijalankan pada 25 hingga 26 Oktober lalu bagi membanteras aktiviti menduga kelajuan d