Mahkamah Majistret Johor Bahru turut memerintahkan mereka dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda itu. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang warga Singapura antara tiga lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas mengaku bersalah atas kesalahan berkaitan aksi lumba dan menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Linkedua, Johor, bulan lalu.
Sinar Harian melaporkan Syajahan Alfian Abdullah, 19, Muhammad Daniel Hakim Mohamad Rashid, 24, dan Gonzales Mckhovic anak George, 18, membuat pengakuan itu di depan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid, yang turut memerintahkan mereka dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda itu.
Syajahan yang juga warga Singapura dan masih menjalani latihan khidmat negara di republik itu, didakwa menunggang motosikal pada kelajuan tinggi serta melakukan aksi menduga kelajuan di KM12.5 Lebuhraya Linkedua arah selatan kira-kira 2.10 pagi 18 Okt lalu.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-03112026-04_568650.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)