Johor Bahru: Seorang lelaki warga Singapura dan dua lelaki tempatan, masing-masing didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas kesalahan berlumba dan menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), dekat Iskandar Puteri, bulan lalu.
Tertuduh, Syajahan Alfian Abdullah, 19; serta Muhammad Daniel Hakim Mohamad Rashid, 24, dan Gonzales Mckhovic George, 18, dijatuhi hukuman itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, Syajahan Alfian yang sedang menjalani Khidmat Negara (NS) selama dua tahun di Singapura








