KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memfailkan representasi baharu bagi menggugurkan pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Dalam prosiding hari ini, peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin memberitahu representasi itu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) esok selepas meneliti warkah diterima daripada pihak istana semalam.
Hari ini, sepatutnya ditetapkan untuk hari pertama perbicaraan kes tersebut namun tarikh-tarikh yang telah ditetapkan pada 3, 4, 5, 11, 12, dan 13 November depan dilapangkan berikutan perkembangan terbaharu itu.
Menurut Amer Hamzah, Ahli Parlimen Pagoh itu yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diterima menghadap Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 26 Oktob








