Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan saluran khas bagi membolehkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengemukakan permohonan keperluan penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan fizikal sekolah bagi 2027.
KPM menerusi hantaran di Facebook memaklumkan permohonan berkenaan dibuka bermula 1 hingga 30 Nov ini, melalui pautan dan kod respons pantas (QR) yang disediakan.
Menurut kementerian itu, inisiatif berkenaan diambil susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peruntukan RM2 bilion menerusi Belanjawan 2027, iaitu peningkatan RM1 bilion bagi membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah di negara ini.
"Walau bagaimanapun, inisiatif ini bukan bermaksud setiap permohonan yang dikemukakan akan diluluskan secara automatik.








