PUTRAJAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh negara kini berpeluang mengemukakan secara terus permohonan penyelenggaraan serta pembaikan kemudahan fizikal sekolah masing-masing kepada Kementerian Pendidikan (KPM) bagi 2027.
Permohonan melalui saluran khas itu dibuka selama sebulan dari 1 hingga 30 November ini bagi membolehkan PIBG menyenaraikan keperluan pembaikan prasarana sekolah masing-masing untuk dipertimbangkan kementerian.
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan inisiatif itu adalah susulan pengumuman peruntukan penyelenggaraan sekolah sebanyak RM2 bilion dalam Belanjawan 2027, meningkat peningkatan RM1 bilion berbanding peruntukan sebelumnya.
Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kelima pada 9 Oktober lalu turut mengumumkan peruntukan berkenaan bagi membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah di negara ini.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F06%2F43f33bac4c3e81bdccd7bb5673eac0ab.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)