PETALING JAYA – Lembaga Peperiksaan (LP) menafikan dakwaan berlaku kebocoran soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan, hasil penelitian mendapati maklumat yang tersebar sebenarnya merupakan senarai tema umum dan ramalan berdasarkan kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Menurutnya, persamaan tema atau kata kunci yang dikongsi dengan instrumen peperiksaan sebenar tidak membuktikan berlakunya kebocoran soalan.

Jelas lembaga itu, hal ini kerana sesuatu tema boleh dikembangkan kepada pelbagai bentuk soalan