Kuala Lumpur: Pelakon filem Pagari Bulan, Aniq Durar, 33, belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga kerana mahu memberi fokus kepada karier termasuk memastikan keadaan kewangan stabil.
Aniq berkata, dia baharu empat tahun aktif dalam industri seni dan semestinya perlu bekerja keras untuk mendapatkan peluang berikutan bakat yang belum kukuh serta nama kurang dikenali.
"Ibu saya selalu juga bertanya, bila nak kahwin? Tetapi buat masa ini, saya belum bersedia lagi kerana tanggungjawab membina keluarga tidak mudah, dan perlukan persediaan diri.
"Bukan saya tak nak kahwin langsung, sebab umur pun dah 30-an. Namun, saya perlukan ruang lagi untuk memantapkan karier dulu serta kewangan pun kenalah betul-betul stabil. Perbelanjaan hidup sekarang agak tinggi.









