Kuala Lumpur: Pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 36, mendedikasi ucapan istimewa buat suami baharu, Kapten Amrul Nizar Anuar yang disifatkan penyabar dan sanggup melayan kerenahnya dengan tenang.
Dr Fie menerusi hantaran dimuatnaik di Threads berkata, suaminya sangat 'sporting' serta memberi kepercayaan penuh untuk mengurus persiapan dan memilih konsep majlis perkahwinan mereka mengikut citarasa diingininya tanpa bantahan.
"Buat suami tersayang. Terima kasih sebab sangatlah 'sporting' sepanjang perjalanan persiapan wedding kita. Saya tahu semestinya agak hectic (sibuk), penat dan kadang-kadang overwhelming.
"Tetapi awak tak pernah merungut, apatah lagi nak bertekak dengan saya. Awak 'just go with the flow' dan sokong apa sahaja yang saya serta keluarga saya sudah rancangkan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FKellyMordend2sd_470909.png&w=480&output=webp&q=85&we)
