BRUSSELS: Serangan siber yang disyaki menyasarkan pasar raya di sekurang-kurangnya sembilan negara Eropah menyebabkan sistem penyejukan di beberapa premis terganggu sehingga makanan terpaksa dibuang.
Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran bahawa serangan itu dipercayai dilakukan dengan sengaja untuk mengganggu bekalan makanan dan menjejaskan keyakinan pengguna.
Pasar raya di Belgium, Estonia, Finland, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, Portugal dan Sweden melaporkan masalah sistem penyejukan selepas suhu peti sejuk meningkat sepanjang malam.
Akibatnya, beberapa pasar raya terpaksa membuang makanan yang rosak dan tidak lagi selamat dijual.






