KUALA LUMPUR: Ringgit terus memperlihatkan prestasi positif pada Oktober apabila mencatatkan pengukuhan berbanding beberapa mata wang rakan dagang utama Malaysia, mencerminkan peningkatan sentimen pasaran terhadap ekonomi domestik yang kekal berdaya tahan.
MBSB Research berkata, Indeks Ringgit Berwajaran Perdagangan (TWRI) MBSB meningkat 0.6 peratus bulan ke bulan kepada 98.76 pada akhir Oktober, berbanding 98.20 pada akhir September lalu.
Katanya, peningkatan itu didorong terutama oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar Taiwan sebanyak 2.7 peratus, baht Thailand (2.7 peratus) dan peso Filipina (2.3 peratus).
Menurut Laporan Tinjauan Bulanan Mata Wang Oktober 2026 MBSB, pengukuhan nilai nominal ringgit secara meluas berbanding sekumpulan mata wang utama mencerminkan sentimen pasaran yang semakin baik, disokong asas ekonomi Malaysia yang kekal berdaya tahan.









