KUALA LUMPUR: Pendekatan membenarkan filem kategori 18 ditayangkan tanpa pemotongan babak tertentu, adalah tertakluk kepada penguatkuasaan klasifikasi umur penonton yang ketat.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata pendekatan itu adalah anjakan kaedah kawalan, iaitu daripada pemotongan babak kepada klasifikasi berdasarkan kesesuaian umur penonton, tertakluk kepada Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) 2024 yang berkuat kuasa.

"Perlu ditegaskan bahawa filem kategori 18 hanya boleh ditonton oleh individu berumur 18 tahun dan ke atas.

"Pada masa sama, klasifikasi umur bukanlah lesen atau kebenaran untuk menayangkan sebarang kandungan tanpa batasan.