KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) November pada Khamis ini, menurut Juwai IQI.

Bagaimanapun, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Kashif Ansari berkata bank pusat dijangka menaikkannya sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus pada suku pertama 2027.

Beliau berkata, sejak mesyuarat MPC yang lalu, pertumbuhan ekonomi lebih kukuh daripada jangkaan dan inflasi dicatatkan rendah.

"Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, membuka pintu kepada potensi kenaikan kadar faedah pada awal bulan ini.