PUTRAJAYA: IOI Properties Group Bhd (IOIPG) dijangka meraih kira-kira RM2.1 bilion menerusi tawaran awam permulaan (IPO) IOIPG Malaysia Real Estate Investment Trust (IOIPG REIT) menerusi penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 25 November ini.
IPO itu membabitkan tawaran sehingga 2.2 bilion unit pada harga runcit 96 sen seunit dengan permodalan pasaran IOIPG REIT dianggarkan kira-kira RM5.3 bilion selepas penyenaraian.
Daripada jumlah itu, sebanyak 715.61 juta unit diperuntukkan bagi tawaran runcit, manakala sehingga 1.48 bilion unit ditawarkan kepada pelabur institusi.
Tawaran runcit merangkumi tawaran terhad sebanyak 550.61 juta unit kepada pemegang saham IOIPG yang layak, tawaran borang merah jambu sebanyak 55 juta unit kepada pihak yang layak serta tawaran awam sebanyak 110 juta unit kepada rakyat Malaysia, termasuk 55 juta unit yang diperuntukkan khusus kepada pelabur awam Bumiputera.






