KUALA LUMPUR – Malaysia antara negara yang berpotensi menjadi sasaran serangan siber berikutan kekuatan negara dalam sektor digital dan pusat data selain pendirian berhubung isu Palestin.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh kerajaan, namun tidak semua butiran berkaitan ancaman berkenaan boleh didedahkan kepada umum."Malaysia tentunya antara yang dianggap menjadi sasaran. Ada dua perkara (kenapa negara berpotensi jadi sasaran). Pertama, kerana kekuatan kita dalam soal digital dan pusat data, (kita) antara terkuat, kalau dalam angka terakhir kekuatan kita itu boleh menyaingi Eropah."Kedua, kerana pendirian kita dalam beberapa isu yang dianggap kontroversi oleh sesetengah negara terutama Eropah dan Amerika (Syarikat), khususnya soal Palestin dan Gaza," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai sama ada Malaysia menjadi sasaran serangan berdasarkan maklumat risikan kerajaan.Anwar berkata, kerajaan memandang serius perkembangan ancaman keselamatan antarabangsa susulan maklumat terkini yang diperoleh daripada agensi berkaitan termasuk Menteri Dalam Negeri.Menurutnya, kerajaan turut mengadakan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Isnin bagi meneliti implikasi serangan hibrid, digital dan siber serta ancaman keselamatan yang berlaku di beberapa negara.Katanya, mesyuarat itu juga membincangkan mekanisme sedia ada dan keperluan penyelarasan lebih rapi antara kementerian, agensi serta pasukan keselamatan bagi memastikan negara bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.Beliau turut mendedahkan bahawa kegiatan beberapa badan risikan luar negara termasuk Israel yang beroperasi di negara jiran serta kewujudan penempatan warga Israel di Phuket dan selatan Thailand dilihat oleh badan risikan Malaysia sebagai potensi ancaman kepada negara.Anwar menegaskan, kerajaan juga mengambil maklum tindakan beberapa negara seperti Kesatuan Eropah, Kanada dan Jepun yang mengeluarkan arahan serta nasihat kepada rakyat masing-masing supaya mempunyai stok bekalan makanan antara tiga hingga 10 hari."Jangan kita fikir ancaman ini jauh daripada kita kerana apa yang berlaku di Eropah, Amerika dan Jepun itu memang menggemparkan negara masing-masing," ujarnya.Sehubungan itu, Anwar berkata, kerajaan mengambil langkah memperkukuh penyelarasan antara kementerian dan agensi, meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi ancaman serta melindungi infrastruktur dan sektor strategik negara.Beliau memaklumkan, kerajaan turut memberi penekanan terhadap kesiapsiagaan rakyat dan masyarakat selain memperkukuh keupayaan agensi serta penggunaan teknologi bagi menghadapi ancaman termasuk serangan siber.Anwar berkata, beliau juga telah meminta Ketua Pengarah MKN mengadakan taklimat khas secara tertutup kepada semua ahli Parlimen dalam tempoh satu atau dua hari ini mengenai perkara berkenaan sekiranya mendapat persetujuan k
‘Malaysia berpotensi jadi sasaran serangan siber’ – PM

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan Malaysia berpotensi menjadi sasaran serangan siber kerana kekuatan sektor digital dan pendirian politik negara. Kerajaan telah mengadakan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara untuk meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi ancaman tersebut.
- Anwar Ibrahim mendedahkan maklumat risikan menunjukkan Malaysia berpotensi menjadi sasaran serangan siber.
- Kekuatan pusat data dan pendirian berhubung isu Palestin disebut sebagai faktor utama potensi serangan.
- Majlis Keselamatan Negara mengadakan mesyuarat khas pada Isnin untuk meneliti ancaman keselamatan hibrid dan digital.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- RAIHAM MOHD SANUSI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Malaysia berpotensi jadi hab 'off-road' Asia
- Harian Metro Malaysia berpotensi jadi sasaran serangan siber - PM
- Berita Harian Malaysia berpotensi jadi sasaran serangan siber - PM
- Sinar Harian ‘Malaysia berpotensi jadi sasaran serangan siber’ – PM (this story)









