KUALA LUMPUR: Syarikat keselamatan siber tempatan, LGMS Bhd mengesan serangan siber berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menyasarkan dua organisasi besar di Malaysia sejak Julai lalu, dengan teknologi itu dipercayai digunakan pada pelbagai peringkat serangan termasuk mendapatkan akses kepada sistem mangsa.

Pengarah Urusan LGMS, Fong Choong Fook, berkata analisis terhadap log dan corak serangan menunjukkan penggunaan AI dalam beberapa peringkat serangan, termasuk peninjauan, mengenal pasti sasaran, menceroboh sistem dan memasang pintu belakang.

"Perkembangan itu menunjukkan ancaman serangan siber berasaskan AI sudah berlaku di Malaysia dan bukan lagi risiko yang hanya dihadapi organisasi di luar negara.