PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon meluahkan rasa gembira melihat perkembangan positif yang ditunjukkan pemain sayap Faisal Halim yang kini dalam fasa pemulihan susulan kecederaan yang dialaminya.Bagaimanapun, pengendali kelahiran Korea Selatan itu menegaskan pemain lincah yang mesra disapa 'Mickey' itu masih memerlukan sedikit masa sebelum dibenarkan kembali beraksi di atas padang."Mickey menunjukkan perkembangan yang sangat baik dan saya gembira melihat perkembangannya itu."Tetapi saya rasa dia memerlukan sedikit masa lagi, mungkin bukan dalam masa terdekat ini sebaliknya dalam tempoh beberapa minggu lagi."Saya menjangkakan dia boleh kembali dalam beberapa minggu akan datang. Dia telah meletakkan usaha yang sangat gigih dan pasukan perubatan kita juga banyak memberikan sokongan," katanya.Mengulas lanjut, Pan-gon berharap kelibat tonggak berusia 28 tahun itu dapat kembali mewarnai skuad Gergasi Merah dalam aksi akan datang."Jadi, selepas beberapa perlawanan seterusnya, saya fikir kita sudah boleh melihat dia kembali beraksi," ujarnya.Sebelum ini, Faisal mengalami kecederaan sejurus aksi kedua Kumpulan A menentang Indonesia sekali gus memaksanya melupakan baki saingan kejohanan tersebut selain masih tidak dapat beraksi untuk Selangor untuk beberapa perlawanan.
'Beberapa minggu lagi'- Pan-gon

Key takeaways
Kim Pan-gon menyatakan Faisal Halim akan kembali beraksi dalam beberapa minggu akan datang selepas pemulihan kecederaan.
- Faisal Halim menunjukkan perkembangan positif dalam pemulihan kecederaannya.
- Kim Pan-gon mengatakan Faisal memerlukan sedikit masa lagi sebelum kembali bermain.
- Faisal mengalami kecederaan sejurus aksi kedua Kumpulan A menentang Indonesia.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian 'Beberapa minggu lagi'- Pan-gon (this story)









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2020%2F12%2Ff228b3bfac2ce10b90ba02458dde4a2e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)