MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menafikan dakwaan dibuat mengenai 55 projek bermasalah di negeri ini, selain tuduhan yang mengatakan perbelanjaan kerajaan meningkat tiga kali ganda berbanding hasil.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu berkata, sebahagian projek bermasalah itu diwarisi daripada pentadbiran terdahulu, manakala kebanyakannya berada di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) peringkat Persekutuan.
Katanya, urusan pelantikan kontraktor, penyerahan kerja dan pemantauan projek terbabit dikendalikan Kerajaan Persekutuan, namun kerajaan negeri tetap berusaha menangani masalah berkenaan.
"Ada projek daripada kerajaan negeri yang saya warisi untuk saya betulkan sekarang. Yang kedua, projek-projek yang berstatus masalah ini kebanyakannya projek daripada ICU federal (Persekutuan).









