KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat kekal tenang, namun harus sentiasa berwaspada susulan kedudukan Malaysia yang berpotensi menjadi sasaran serangan siber.

Perdana Menteri berkata sesetengah negara memilih untuk berdiam diri supaya tidak menimbulkan panik dalam kalangan rakyat, selain ada kota termasuk di Asia, yang mana penduduknya mula menyimpan stok barangan makanan.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata kerajaan memilih untuk mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat supaya rakyat tahu mengenainya, namun tidak mahu rakyat berasa panik.

"Tenang tapi harus waspada. Jika ada apa-apa maklumat mengenai pencerobohan atau gangguan dari segi digital dan teknologi, ini harus dimaklumkan segera.