Kuala Lumpur: Malaysia antara negara yang berpotensi menjadi sasaran serangan siber, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, walaupun tidak semua maklumat boleh didedahkan, kekuatan digital negara serta pendirian Malaysia terhadap beberapa isu tertentu menyebabkan negara ini menjadi perhatian.

"Malaysia sememangnya antara yang dianggap sebagai sasaran. Ada dua perkara.

"Pertama, kerana kekuatan kita dalam bidang digital dan pusat data adalah antara yang terkuat. Berdasarkan angka terkini dua minggu lalu, kekuatan kita mampu menyaingi Eropah.