KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat kekal tenang, namun sentiasa berwaspada susulan kedudukan Malaysia yang berpotensi menjadi sasaran serangan siber.
Perdana Menteri berkata, sebarang maklumat mengenai pencerobohan atau gangguan membabitkan digital dan teknologi perlu dimaklumkan segera.
“Tenang tapi harus waspada. Jika ada apa-apa maklumat mengenai pencerobohan atau gangguan dari segi digital dan teknologi, ini harus dimaklumkan segera.
“Bagaimanapun, saya fikir, jika kita panik, hal itu akan melemahkan kekuatan kita,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.






