Kuala Lumpur: Tiga penunggang motosikal dikenakan denda keseluruhan RM6,900 selepas mengaku bersalah atas kesalahan berlumba haram dan menguji kelajuan kenderaan di jalan raya awam di ibu negara.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, hukuman denda itu diputuskan di Mahkamah Majistret Jalan Duta di sini, semalam, mengikut Seksyen 42A(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, hukuman itu adalah hasil Operasi Penguatkuasaan Khas Motosikal dijalankan pihaknya pada 25 dan 26 Oktober lalu bagi membendung aktiviti lumba haram.
"Ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.










