KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengharungi banjir setinggi paras dada demi menyelamatkan barangan berharga termasuk kenderaan miliknya selepas kediamannya di Kampung Melayu Subang dinaiki banjir kilat semalam.

Muhamad Fazzamy Hilmy Mohd Fadzli, 20, berkata ketika kejadian dia dihubungi adik perempuan memaklumkan mengenai banjir itu jam 4 petang semalam.

"Saya bergegas pulang memandangkan adik berusia 17 tahun bersendirian di rumah. Untuk sampai ke rumah, saya terpaksa meredah banjir setinggi paras dada.

"Sebaik tiba, saya segera mengalihkan beberapa barangan ke tempat selamat termasuk kereta serta motosikal," katanya ketika dihubungi.