KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan berhubung satu kandungan yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook yang disyaki mengandungi unsur jelik melampau terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan kandungan berkenaan turut menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R).Menurut kenyataan itu, rakaman percakapan individu terbabit telah dijalankan di Balai Polis Sri Petaling bagi membantu siasatan.MCMC memaklumkan, satu unit telefon bimbit bersama satu kad SIM turut disita.Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan."MCMC memandang serius penyebaran kandungan dalam talian yang disyaki mengandungi maklumat palsu atau unsur penghinaan terhadap institusi diraja, khususnya kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat," menurut kenyataan itu.Sehubungan dengan itu, MCMC mengingatkan orang ramai supaya menggunakan platform media sosial secara bertanggungjawab dan tidak menghasilkan atau menyebarkan kandungan yang melanggar undang-undang negara. - Bernama
MCMC siasat akaun Facebook disyaki hina Sultan Selangor

Key takeaways
MCMC menyiasat akaun Facebook yang disyaki mengandungi kandungan menghina Sultan Selangor dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
- MCMC membuka siasatan terhadap kandungan di akaun Facebook yang disyaki menghina Sultan Selangor.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman denda atau penjara.
- MCMC memandang serius penyebaran kandungan dalam talian yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) MCMC siasat Chegubard berhubung hantaran didakwa hina Tuanku Muhriz
- Free Malaysia Today SKMM siasat akaun Facebook ‘Vikke Lee’ disyaki hina Sultan Selangor
- Sinar Harian MCMC siasat akaun Facebook disyaki hina Sultan Selangor (this story)







