KOTA BHARU – Seorang pekerja pengorek pasir yang dipercayai tergelincir dari bot di Sungai Kelantan ditemukan lemas kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian di Kampung Chekok, Serendah di sini pada Selasa.Muhammad Aqbar Che Abdullah, 35, ditemukan dalam keadaan tertiarap di bawah pam menyedut pasir kira-kira jam 8 pagi oleh penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari mangsa.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Fakaruddin Brahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu daripada penduduk sebelum anggota bomba dikerahkan ke lokasi.Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mayat seorang lelaki berada di kawasan tersebut.Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika kepada pemberita di lokasi kejadian pada Selasa.Akhbar sebelum ini melaporkan, mangsa pada Ahad lalu menaiki bot ke tempat kerja di lokasi pam bersama rakan dan dipercayai terjatuh dari bot.Seorang penduduk, Zamri Abdullah, 60, berkata, dia mengetahui mengenai penemuan mangsa ketika menyertai usaha mencari bersama tiga rakannya.Katanya, Muhammad Aqbar merupakan rakannya dan penemuan itu melegakan mereka selepas usaha pencarian dilakukan sejak mangsa dilaporkan hilang."Muhammad Aqbar merupakan rakan saya dan kami bersyukur apabila mayatnya ditemukan selepas lebih 48 jam hilang."Saya bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu pasukan bomba mengangkat mayat mangsa sebelum dibawa ke jeti Tok Imam Yie," katanya.
Selepas tiga hari, jasad Muhammad Aqbar ditemui bawah pam menyedut pasir

Key takeaways
Jasad Muhammad Aqbar ditemui di bawah pam menyedut pasir selepas tiga hari hilang.
- Muhammad Aqbar, 35, ditemukan lemas di Kampung Chekok, Serendah.
- Jasad ditemui oleh penduduk kampung kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.
- Pihak bomba menerima maklumat daripada penduduk dan serahkan mayat kepada polis.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Jerebu akhirnya pulih selepas tiga bulan
- Sinar Harian Selepas tiga hari, jasad Muhammad Aqbar ditemui bawah pam menyedut pasir (this story)








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F10%2F94c4627948c6b7f4a35a4a32d86fbf53.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
