SHAH ALAM - Sebahagian majikan didakwa masih menawarkan gaji setaraf pekerja asing kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) meskipun mereka memiliki kemahiran serta kelayakan teknikal.Presiden Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir), Mohammad Rizan Hassan berkata, keadaan itu amat mengecewakan kerana kemahiran, kelayakan dan tanggungjawab kerja graduan berkenaan tidak diambil kira dalam penetapan gaji.Menurutnya, graduan yang telah menjalani latihan teknikal sepatutnya dinilai berdasarkan kompetensi dan sumbangan yang mampu diberikan, bukannya dianggap sebagai tenaga kerja murah."Sikap sebegini menimbulkan persoalan tentang tanggungjawab sosial dan semangat nasionalisme ekonomi dalam kalangan sebahagian pemain industri."Jika syarikat mahu negara menyediakan tenaga mahir, industri juga perlu bersedia memberi ganjaran yang adil, persekitaran kerja yang bermaruah dan laluan kerjaya yang jelas."Keuntungan perniagaan tidak seharusnya dibina dengan mengetepikan kesejahteraan pekerja tempatan dan masa depan belia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Mohammad Rizan berkata, Belia Mahir menyokong ketegasan kerajaan mengawal kebergantungan industri terhadap pekerja asing, namun langkah itu perlu disusuli tindakan konsisten supaya lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dapat dinikmati rakyat tempatan, termasuk lebih 400,000 graduan TVET.Jelasnya, semangat nasionalisme ekonomi bukan sekadar mengutamakan pekerja tempatan dalam pengambilan, sebaliknya turut menuntut kesediaan industri melabur dalam latihan, teknologi, produktiviti dan pembangunan tenaga kerja Malaysia."Pendekatan yang hanya bergantung pada buruh murah akan membantutkan peningkatan kemahiran, mengecilkan peluang mobiliti sosial dan melemahkan usaha membina ekonomi bernilai tinggi."Selain menawarkan gaji yang setimpal, industri perlu serius mempertimbangkan kemudahan seperti pengangkutan dan penginapan kepada pekerja tempatan."Sokongan ini boleh membantu mengurangkan beban kos sara hidup dan menjadikan pekerjaan lebih menarik kepada graduan serta tenaga kerja tempatan," katanya.Dalam masa sama, Mohammad Rizan turut menggesa industri mewujudkan jabatan atau bahagian Learning & Development (L&D) yang berperanan aktif dalam ekosistem latihan menerusi kerjasama berterusan dengan institusi TVET awam dan swasta.Menurut Mohammad Rizan, kerjasama itu penting bagi menyelaraskan latihan dengan keperluan tempat kerja, menyediakan peluang peningkatan kemahiran dan membina laluan kerjaya lebih jelas kepada pekerja."Belia Mahir mengakui pekerja asing mempunyai peranan dalam sektor tertentu, khususnya pekerjaan berbahaya, sukar dan kotor."Namun, kebergantungan berlebihan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan graduan tempatan yang mempunyai kemahiran berkaitan," ujarnya.Sehubungan itu, Belia Mahir menggesa kerajaan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memperincikan pelaksanaan ketetapa
Majikan tawar graduan TVET gaji setaraf pekerja asing – Belia Mahir

Key takeaways
Majikan masih menawarkan gaji setaraf pekerja asing kepada graduan TVET, mengabaikan kemahiran dan kelayakan mereka.
- Majikan tidak mengambil kira kompetensi graduan TVET dalam penetapan gaji.
- Belia Mahir menuntut ganjaran adil dan persekitaran kerja bermaruah.
- Kerajaan perlu mengawal kebergantungan industri terhadap pekerja asing dan menyediakan peluang pekerjaan berkualiti bagi graduan TVET.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- ZULHAIZI ROSDI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Syarikat bayar gaji graduan TVET sama seperti pekerja asing, kata Johari
- Utusan Malaysia Wujud syarikat bayar gaji graduan TVET setaraf pekerja asing
- Sinar Harian Majikan tawar graduan TVET gaji setaraf pekerja asing – Belia Mahir (this story)
- Berita Harian Graduan TVET perlu jaminan kerja, gaji premium









