Kuala Lumpur: Tourism Malaysia memperkukuh promosi sektor pelancongan negara di Bangladesh menerusi penyertaan dalam Pameran Perjalanan dan Pelancongan Bangladesh (BTTF) 2026 yang berlangsung di Dhaka, dari 29 hingga 31 Oktober lalu.

Tourism Malaysia menerusi kenyataan berkata, penyertaan itu sebahagian daripada usaha strategik meningkatkan kehadiran Malaysia dalam pasaran Bangladesh, selain menyokong kempen Melawat Malaysia 2026-2027 (VM2026-2027).

Pameran edisi ke-14 yang berlangsung di Bangladesh-China Friendship Conference Centre (BCFCC) itu menghimpunkan lebih 200 pempamer, peserta dari lebih 16 negara, 60,000 pengunjung awam, 2,500 pengunjung perdagangan serta lebih 250 pembeli antarabangsa dan serantau.