Kuala Lumpur: Taktik penyeludupan dadah yang semakin sofistikated menuntut penggunaan teknologi pengesanan lebih canggih di pintu masuk negara bagi memastikan kegiatan sindiket tidak terlepas daripada pemantauan pihak berkuasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebergantungan kepada mesin pengimbas sedia ada di lapangan terbang tidak lagi mencukupi kerana teknologi itu dibangunkan untuk mengesan senjata dan bahan letupan, bukannya bahan terlarang seperti dadah yang disembunyikan menggunakan kaedah lebih kompleks.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata kemudahan analitik baharu sedang disediakan bagi meningkatkan keupayaan mengesan penyeludupan dadah.
"Kemudahan yang disediakan itu kemudahan berdasarkan teknologi lama dan penyeludupan ini caranya lebih canggih dan kadang tak dapat dikesan daripada badan itu memang betul.








