KUALA LUMPUR: Texpert Group Sdn Bhd sedang bersiap sedia memasuki fasa pertumbuhan baharu menerusi pembangunan ekosistem teknologi bersepadu merangkumi kecerdasan buatan (AI), platform mudah alih dan sistem pintar.
Langkah itu akan memperluas perniagaannya daripada jualan, pembaikan dan perkhidmatan teknikal komputer yang menjadi asas operasi selama lebih 20 tahun kepada pembangunan penyelesaian teknologi sendiri.
Rancangan syarikat merangkumi Texpert AI, Texpert Mobile App, Texpert Rider dan Texpert Machine, yang akan menjadi sebahagian daripada Texpert Intelligent System serta masih dalam peringkat pembangunan.
Texpert dalam satu kenyataan berkata, ekosistem berkenaan dirancang untuk menghubungkan platform digital, infrastruktur teknologi fizikal dan perkhidmatan teknikal atas permintaan bagi meningkatkan kecekapan serta akses pelanggan.






