Georgetown: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol menafikan terbabit dalam kes

keganasan rumah tangga terbaru yang dikaitkan dengan seorang wakil rakyat di Pulau Pinang.

"Kes ADUN Pulau pinang terkini itu bukan saya," katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada 27 Februari lalu, Fahmi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar.