Key takeaways
ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol, menafikan terlibat dalam kes keganasan rumah tangga terkini yang dikaitkan wakil rakyat di Pulau Pinang. Beliau menegaskan bahawa kes tersebut bukan miliknya melalui hantaran di Facebook.
- Fahmi Zainol menafikan keterlibatan dalam kes keganasan rumah tangga terbaru di Pulau Pinang.
- Pada 27 Februari, beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isteri.
- Kesalahan didakwa berlaku pada 22 Februari di sebuah rumah di Bayan Lepas.
Summarised automatically by AI from the original article by Berita Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol menafikan terbabit dalam kes keganasan rumah tangga terbaru dikaitkan seorang wakil rakyat di Pulau Pinang.
"Kes terkini ADUN Pulau Pinang itu bukan SAYA," katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.
Pada 27 Februari lalu, Fahmi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar.
Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 10 malam pada 22 Februari lalu di sebuah rumah di Persiaran Pantai Jerejak 11, Bayan Lepas.