Subang: Seorang pelajar sekolah terkilan apabila kad permainan yang dikumpul selama empat tahun rosak akibat banjir setinggi paras dada yang melanda rumahnya di Kampung Melayu Subang, Selangor semalam.

Tinjauan Harian Metro mendapati, Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang, Muhammad Naemuddin Mohamad Zamali, 14, sedang menjemur kad-kad permainannya yang basah di atas kereta milik keluarganya.

Muhammad Naemuddin yang mula mengumpul kad berkenaan sejak usia 10 tahun sebagai hobi berkata, banjir yang melanda rumah menyebabkan semua koleksinya rosak.

"Apabila rumah dimasuki air, saya terlepas pandang mengenai kad permainan saya kerana terlalu sibuk menolong ibu mengemas rumah.