Melaka: Kempen Pilihan Raya Melaka ke-16 pada hari pertama lebih tenang berbanding pilihan raya sebelum ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, keadaan itu berikutan BN sudah memulakan usaha mendekati rakyat lebih awal dan tidak hanya ketika tempoh berkempen selama 14 hari.
"Kita sudah melakukan kerja lebih awal supaya rakyat tidak hanya diberikan perhatian ketika pilihan raya, khususnya sepanjang tempoh 14 hari berkempen.
"Jadi, kita mesti menjadikan jawatan sebagai wakil rakyat sebagai amanah untuk berkhidmat kepada rakyat, bukannya rakyat berkhidmat untuk kita," katanya.









