Melaka: Pakatan Harapan (PH) mengemukakan tiga teras utama dan 12 aspirasi menerusi manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dikenali sebagai 'Melaka Rumah Kita' yang menawarkan hala tuju pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri itu.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, tiga teras utama yang diketengahkan merangkumi Smart Melaka dengan menggerakkan Melaka sebagai Negeri Pintar untuk meningkatkan kecekapan, keselamatan dan kualiti hidup rakyat.

Katanya, teras berkenaan dirangka berdasarkan keperluan untuk memudahkan sistem penyampaian dan memastikan perkhidmatan yang lebih cekap serta mesra pengguna.

"Bagi teras kedua, PH mencadangkan 30 peratus daripada kontrak kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diperuntukkan kepada golongan belia dan beliawanis bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan pengalaman kepada generasi muda tempatan.